IQRA' BISMI RABBIK ...

IQRA' BISMI RABBIK ...

SHARE MY LINK

Pengunjung :

ISLAMIC FILES (video-mp3-doc-pdf-etc)

Rabu, 30 Desember 2009

SOLAT JUM’AT BAGI MUSAFIR

SOLAT JUM’AT BAGI MUSAFIR

http://www.scribd.com/doc/24619416/Hukum-Jum-at-Bagi-Musafir

http://persatuan-islam-singapura.com/Html/text/Kitab%20Solat/Jum%27at%20bagi%20Musafir.doc


Solat Jum’at hukumnya adalah wajib bagi lelaki yang sudah baligh dan sehat, termasuk orang yang sedang musafir, yakni musafir tidak dikecualikan kerana tidak ada keterangan yang shahih yang membebaskan mereka dari wajib Jum’at. Oleh kerana itu Rasulullah SAW dan sahabatnya tidak akan meninggalkan sesuatu yang hukumnya wajib dan bila hal itu tidak dikhabarkan, tidak bererti pasti dilakukan.
Riwayat yang shahih, diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim menerangkan dengan jelas, bahwa sahabat ‘Umar Ibnul Khattab benar-benar mengetahui bahawa Rasulullah SAW wuquf di ‘Arafah tahun ke 10 ketika melakukan ibadah hajinya kebetulan pada hari Jum’at.
‘Umar Ibnul Khattab menjawab pertanyaan orang yang menanyakan bilakah ayat “ Al-Yauma Akmaltu lakum Dinakum .......... “ ( Q.S Al-Maidah : 3 ) yang diturunkan kepada Rasulullah SAW, beliau (‘Umar) menjawab :

وَ اللهِ إِنِّيْ َلأَعْلَمُ الْيَوْمَ الَّذِيْ نَزَلَتْ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه و سلم وَ السَّاعَةَ الَّتِيْ نَزَلَتْ فِيْهاَ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه و سلم عَشِيَّةَ عَرَفَةَ فِيْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ.
{ رواه أحمد و الشيخان }

Ertinya : “ Demi Allah, sesungguhnya aku tahu betul akan hari turunnya ayat itu kepada Rasulullah SAW, dan aku tahu betul saat ayat itu turun kepada Rasulullah SAW iaitu pada petang hari ‘Arafah (tanggal 9 Dzulhijjah tahun ke 10) pada hari Jum’at. “

Dalam kitab Fathul Bari, syarah shahih Al-Bukhari juz 13 halaman 206 dijelaskan, ‘Umar Ibnul Khattab berkata :

وَ اللهِ إِنِّيْ َلأَعْلَمُ أَيَّ يَوْمٍ نَزَلَتْ هَذِهِ اْلأَيَةُ، نَزَلَتْ يَوْمَ عَرَفَةَ فِيْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ.
{ البخاري }

Ertinya : “ Sesungguhnya aku tahu betul hari apa ayat itu turunnya, ia turun pada hari ‘Arafah, pada hari Jum’at. “

Dalam riwayat Ath-Thabrani dan lain-lainnya, dijelaskan agar lebih menyakinkan, bahwa hari Jum’at disitu adalah nama hari, dengan kata-kata :

نَزَلَتْ فِيْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ وَ يَوْمُ عَرَفَةَ وَ كِلاَهُماَ بِحَمْدِ اللهِ لَناَ عِيْدٌ.

Ertinya : “ Ayat itu turun pada hari Jum’at, dan (kebetulan) hari ‘Arafah dan dengan kurnia Allah (hamdillah) keduanya itu hari raya. “

Oleh kerana hari ‘Arafah itu kebetulan jatuh pada hari Jum’at maka berkumpul dua hari raya, sebab hari Jum’at hari raya (idul fuqara wal masakin), dan hari ‘Arafah adalah hari raya bagi orang yang sedang wuquf disana, mereka dilarang berpuasa pada hari itu.
Yang mengetahui bahwa hari ‘Arafah jatuh pada hari Jum’at, bukan ‘Umar seorang saja tetapi sahabat yang lain diantaranya Ibnu ‘Abbas, Muawiyah, Samurah bin Jundab dan ‘Ali bin Abi Thalib, semuanya menyatakan sebagaimana yang dikatakan oleh ‘Umar Ibnul Khattab.

Berpedoman kepada nama hari yang diketahui oleh beberapa sahabat iaitu tanggal 9 Dzulhijjah itu adalah hari Jum’at, dengan mudah dapat diketahui hari tanggal 1 Dzulhijjah bulan termaksud, iaitu hari Khamis, dan pula kita mengetahui hari yang terakhir dari bulan sebelumnya, iaitu bulan Dzulqaidah iaitu hari Rabu. Dengan berpedomankan kepadanya dapat kita mengetahui hari bertolak Rasulullah SAW dari Madinah ke Makkah yang dinyatakan oleh Ibnu ‘Abbas dan Siti ‘Aisyah, beliau bertolak pada tanggal 25 Dzilqaidah, tanpa keterangan harinya.
Dan sebaliknya apabila kita berpedoman kepada tanggal 25 atau 24 bulan Dzulqaidah yang tidak diketahui harinya yang pasti, sulit / tidak pasti mungkin dengan pedoman tanggal tersebut untuk mengetahui hari apa tanggal 1 Dzulhijjah, yang tidak diketahui pula umur bulan Dzulqaidah, apakah 29 atau 30 hari, dan sebenarnya tidak perlu diselidiki lagi hari apa Rasulullah SAW wuquf di ‘Arafah, sebab sudah ada yang mengetahuinya iaitu ‘Umar Ibnul Khattab dan sahabat-sahabat yang lain.
Riwayat ‘Umar Ibnul Khattab itu tidak bertentangan dengan riwayat yang lain, sebab bila telah diketahui tanggal 9 Dzulhijjah itu hari Jum’at, tentu tanggal 1 Dzulhijjah itu jatuh pada hari Khamis dan hari Rabu adalah hari terakhir dari bulan Dzulqaidah, dan berdasarkan riwayat Ibnu ‘Abbas dan Siti ‘Aisyah, Rasulullah SAW bertolak pada tanggal 25 Dzulqaidah itu, kita dapat mengatakan bahwa Rasulullah SAW bertolak dari Madinah pada hari Sabtu setelah solat Zhuhur empat raka’at.
Rasulullah SAW bertolak bukan pada hari Jum’at, sebab diterangkan beliau solat Zhuhur empat raka’at sebelum berangkat, dan biasanya Rasulullah SAW tidak berpergian / safar hari Jum’at dan bukan hari Ahad, sebab kalau hari Ahad akan berubah hari tanggal 1 Dzulhijjah, dan tidak tepat / cocok dengan keterangan ‘Umar yang mengetahui dengan yakin bahwa tanggal 9 Dzulhijjah itu hari Jum’at.
Dalam kitab tafsir antara lain ‘Umdatut Tafsir karangan Imam Al-Qasimi dan tafsir Ibnu Katsir, dicatatkan hasil penelitian dalam masalah ini, seperti berikut :

وَ الصَّوَابُ الَّذِيْ لاَ شَكٌّ فِيهِ وَ لاَ مَرِيَّةٌ أَنَّهاَ نَزَلَتْ يَوْمَ عَرَفَةَ وَ كاَنَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ

Ertinya : “ Adapun yang benar, yang tidak ragu dan bimbang lagi, sesungguhnya ayat itu turun pada hari ‘Arafah, dan kebetulan jatuh pada hari Jum’at.”

Oleh kerana hari ‘Arafah jatuh pada hari Jum’at itu adalah shahih dan sharih (kuat dan jelas), maka golongan yang berpendapat bahwa musafir tidak wajib Jum’at, tidak menolaknya, diakui benar hari ‘Arafah tahun itu jatuh pada hari Jum’at, tetapi Rasulullah SAW tidak melakukan solat Jum’at, sesuai dengan riwayatnya, seperti yang diriwayat oleh Muslim, Rasulullah SAW solat Zhuhur dan diriwayatkan pula pada tanggal 8 Dzulhijjah sebelum hari ‘Arafah Rasulullah SAW solat Zhuhur.
Sedangkan golongan yang berpendapat, bahwa solat Jum’at itu wajib bagi musafir, termasuk Rasulullah SAW dan para sahabatnya mengatakan berdasarkan kenyataan bahwa yang dilaksanakan Rasulullah SAW di ‘Arafah itu bukan solat Zhuhur, tetapi solat Jum’at, iaitu Rasulullah SAW khutbah lalu solat dua raka’at, dan dilakukan pada hari Jum’at pada waktu Zhuhur, solat seperti itu adalah sifat Jum’at yang pokok.
Adapun Zhuhur dijadikan nama bagi Jum’at, itu adalah nama yang tidak mengubah hukum, sebab dalam Fathul Bari, Syarah Shahih Al-Bukhari juz 2 halaman 233 diterangkan oleh Rasulullah SAW ada orang arab kampung (badui) yang menamakan Maghrib dengan Isya’, hal itu tidak mengubah hukum, tetap hukumnya solat Maghrib, sebab ia solat tiga raka’at dan waktunya pada waktu Maghrib, dan dalam pengamalan solat Jum’at itu adalah Zhuhur pada hari Jum’at dengan berjama’ah.

Apabila azan dalam solat Jum’at dilaungkan di ‘Arafah itu, yang kebetulan berkumpul dua hari raya, dilakukan ba’da khutbah, itu adalah satu contoh dari Rasulullah SAW bagaimana cara solat Jum’at bila kebetulan sedang wuquf di ‘Arafah, sebagaimana disyariatkan Rasulullah SAW bagaimana cara solat Jum’at bila kebetulan hari Jum’at pada hari raya Adha dan Fithri, ia mempunyai cara khusus, orang yang ikut solat hari raya, ia bebas dari wajib Jum’at, yakni ia sudah melakukannya dengan cara yang khas. Sehubungan dengan masalah ini, Ibnu Hazm berkata :

وَ لاَ خِلاَفَ فِيْ أَنَّهُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ خَطَبَ وَ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَ هَذِهِ صِفَةُ صَلاَةِ الْجُمُعَةِ.

Ertinya : “ Dan tidak ada perselisihan, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW (pada hari ‘Arafah itu) khutbah lalu solat dua raka’at, dan ini adalah sifat solat Jum’at.”

Keterangan Ibnu Hazm itu cukup beralasan dan selari dengan kenyataan, tidak bertentangan dengan dalil-dalil yang lain.

Adapun hujjah yang dipakai oleh ulama yang menetapkan bahwa musafir tidak diwajibkan solat Jum’at berdasarkan keterangan berikut ini :

1 – عَنِ ابْنِ عُمَرَ قاَلَ : قاَلَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلّم : " لَيْسَ عَلَى مُساَفِرٍ جُمُعَةٌ." { رواه الطبراني بِاسنادٍ ضَعِيْفٍ، بلوغ المرام حديث رقم 495 }

1. Ertinya : “ Tidak ada kewajipan Jum’at atas orang musafir.”
( H.R Ath-Thabrani dengan isnad yang lemah, Bulughul Maram hadits no 495 )

2 – " مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وِ الْيَوْمِ اْلآخِرِ فَعَلَيْهِ الْجُمُعَةُ إِلاَّ امْرَأَةً أَوْ مُساَفِرًا أَوْ عَبْدًا أَوْ مَرِيْضًا. { رواه البيهي و الدراقطني، نيل الأوطار 3 : 219 }

2. Ertinya : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka wajib Jum’at atasnya kecuali perempuan, musafir, hamba sahaya dan orang yang sakit.”
( H.R Al-Baihaqi dan Ad-Daraquthi, Nailul Authar 3 : 219 )

3 – " اَلْجُمُعَةُ عَلَى مَنْ آوَاهُ اللَّيْلُ إِلَى أَهْلِهِ." { رواه الترمذي }

3. Ertinya : “ Jum’ah itu wajib atas orang yang bermalam pada ahlinya.”
( H.R At-Tirmidzi )

Dari hadits tersebut, bahwa orang yang tidak bermalam pada ahlinya, tidak wajib Jum’at. Orang yang tidak bermalam pada ahlinya (keluarganya) ialah orang musafir. Oleh itu musafir tidak wajib Jum’at.

4 – " كَانَ أَنَسٌ فِيْ قَصْرِهِ أَحْياَنًا يُجَمِّعُ وَ أَحْياَنًا لاَ يُجَمِّعُ وَ هُوَ بِالزَّاوِيَةِ عَلَى فَرْسَخَيْنِ." { رواه البخاري، فتح الباري 3 : 43 }




4. Ertinya : “ Adalah Anas tinggal diistananya, kadang-kadang ia berjum’ah dan kadang-kadang tidak, dimana istana itu terletak di daerah Zawiyah yang jaraknya sekitar dua farsakh (8 km).” ( H.R Al-Bukhari, Fathul Bari 3 : 43 )


Komentar :

Hadits yang pertama yang diriwayatkan oleh Imam Ath-Thabrani, sebagaimana yang tersebut dalam kitab Bulughul Maram bab Jum’ah no 495, derajatnya adalah lemah kerana dalam sanadnya ada seorang rawi yang bernama Abdullah bin Nafi’. Ia dilemahkan oleh beberapa ulama. Maka dengan kelemahan ini, ia tidak dapat dijadikan alasan musafir tidak wajib Jum’at.

Hadits yang kedua yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi yang ada sebutan “ Musafir ” itu tidak sah, kerana dalam sanadnya ada dua orang rawi yang tercela / lemah, mereka itu ialah :

1. Ibnu Lahi’ah, ia dilemahkan oleh beberapa ulama hadits diantaranya Ibnu Ma’in, Abu Hatim dan Abu Zar’ah.

2. Mu’az bin Muhammad Al-Anshari. Kata ‘Uqaili : “ Tentang hadits Mu’az ada kefahaman ”. Kata Ibnu Adi : “ Ia seorang yang diingkari haditsnya.” ( Tahzibut Tahdzhib 5 : 373 dan Lisanul Mizan 6 : 55 )

Hadits yang ketiga yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi itu tidak sah, kerana dalam sanadnya terdapat seorang rawi yang bernama ‘Abdullah bin Sa’id Al-Maqburi. Kata Imam Yahya bin Sa’id : “ Aku pernah duduk dalam majlis ‘Abdullah, lalu aku dapati pada dirinya dusta ”. Juga dilemahkan oleh Imam Ibnu Ma’in, Ahmad ibnu Hanbal, Abu Zar’ah, Ibnul Barqi, Ya’qub bin Sufyan dan lainnya.

Riwayat Anas (dalil keempat), belum dapat dijadikan alasan untuk tidak wajib Jum’at atas musafir, kerana :

a. Anas tidak solat Jum’at di Masjid Bashrah itu, tidak menunjukkan bahwa ia tidak solat Jum’at di istananya (Qashr).

b. Yang dimaksudkan Anas tidak solat Jum’at itu, ialah tidak solat Jum’at di Masjid Bashrah, bukan di istanannya.

c. Seandainya ditakdirkan betul Anas tidak solat Jum’ah di Masjid dan juga di istananya, maka tidak juga dapat dijadikan alasan, kerana itu hanya perbuatan seorang sahabat, sedangkan perbuatan seorang sahabat semata-mata tidak menjadi alasan agama.

Dari empat macam komentar atau bantahan tersebut, dapatlah diambil kesimpulan, bahwa alasan-alasan, dalil-dalil dan keterangan-keterangan golongan yang berpendapat Musafir Tidak Wajib Solat Jum’at itu, tidak ada satupun yang dapat diterima sebagai ketentuan.


LIHAT JUGA : http://subhan-nurdin.blogspot.com/2009/01/kontra-fatwa-shalat-jumat-bagi-musafir.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

ALJAZEERA TV

 
Coolstreaming Channel 47362

Islam America

KAKAWIHAN

ISLAMIC VIEW

ISLAMIC WALLPAPERS

AKSES LINK OK

Bookmark and Share
Bookmark and Share